Monday, May 23, 2011

kisah sejadah~


بسم الله الرحمن الرحيم

Amiiiiin~ <--(amin yg mane satu ni??)

Pandai betul aku ni nak meng-Amin-kan doa...tapi solat selalu je miss...hermmm~
Haaaiiii...apela nak jadi ngan aku nih... umur da 2 dekad...tapi solat masih nak malas2 lagi...ape pun xboleh~

Walaupun aku tau byk giler kelebihan solat nih...tapi aku masih lagi nak melengah2kan solat...

Antara kelebihan solat adalah
1. solat dapat mencegah perbuatan keji dan menghentikan kemungkaran. 
-Ini bererti, mengerjakan solat secara terus-menerus dapat mencegah manusia daripada perbuatan keji dan mungkar. Daripada Abu Hurairah bahawa beliau berkata (yang bermaksud): 
Seseorang lelaki datang menemui Nabi, seraya berkata: Sesungguhnya si polan sering melakukan solat malam, namun pada keesokan harinya ia mencuri. Rasulullah SAW menjawab: “Sesungguhnya (jika solat yang dilakukannya benar), pasti akan mencegahnya daripada perbuatan itu”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
2. solat yang mencapai tahap zikrullah atau mengingati Allah. 
- Allah berfirman, “walizikrullahi akhbar” yang bererti zikir kepada Allah lebih utama daripada solat yang fungsinya mencegah perbuatan keji dan mungkar.
Abu Aliyah berkata, solat mengandungi tiga rukun. Setiap solat yang tidak memiliki rukun ini, nescaya bukanlah solat dalam erti kata sebenarnya.
Rukun tersebut adalah:-
~ikhlas
Ikhlas mengajaknya untuk melakukan kebajikan
~rasa takut kepada Allah SWT
Rasa takut dapat mencegahnya daripada perbuatan mungkar
~berzikir kepada-Nya. 
dapat mengajaknya untuk berbuat kebajikan dan mencegahnya berbuat kemungkaran.


credit to cahaya kehidupan


Selain tu byk lagi kelebihan solat... mai tengok~~

Manfaat solat secara umum: 
1. Memperbaiki otot punggung.
2. Memperbaiki jaringan otot tubuh.
3. Mengembalikan keseimbangan tubuh selepas pembedahan.
4. Menyembuhkan otot/tulang rosak.
5. Menyihatkan urat nadi dan hati.
6. Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
7. Melancarkan saluran pernafasan melalui bacaan dalam solat.
8. Melancarkan peredaran darah.
9. Membuat tulang mampu menyerap lebih banyak kalsium.
10. Membakar lemak di bahagian perut.
11. Menghindari proses penuaan.

Manfaat sujud: 
1. Memperkuatkan tulang dan otot terutama pada bahagian paha, tumit dan kaki.
2. Mengoptimalkan ketahanan tubuh.
3. Melancarkan peredaran darah.
4. Mempermudah proses kelahiran dan menghindarkan posisi bayi songsang untuk wanita hamil.
5. Mencegah kenaikan kadar kolestrol dalam darah.
6. Memperbaiki fungsi pencernaan.
7. Saranan latihan pernafasan.
8. Membersihkan sel darah putih dan sel darah merah.
9. Menyiapkan diri secara psikologik dalam menghadapi cabaran hidup.


Manfaat solat subuh pada waktunya: 

1. Mengoptimalkan fungsi urat saraf.
2. Menenangkan jiwa.
3. Menjernihkan fikiran.
4. Awet muda.

Manfaat Solat dari Segi Psikologi: 
• Menjernihkan jiwa.
• Mencapai kesedaran yang lebih tinggi (altered states of consciousness).
• Mencapai pengalaman puncak (peak experience).
• Mengurangi kecemasan melalui:
1. meditasi/doa yang teratur
2. relaksasi dengan gerakan solat
3. hetero/auto sugestion dalam bacaan solat
4. group therapy dalam solat jemaah, bahkan dalam solat bersendirian ada kita dan Allah
5. hydro therapy dengan berwudhu
• Mengembalikan kesedaran dengan bermi’raj menuju kepada ketinggian Ilahi.
• Melepaskan diri dari pengaruh alam yang lebih rendah.
• Bertemu Allah.
• Meringankan ketegangan jiwa.
• Memlakukan solat mampu meninggalkan pekerjaan yang buruk.
• Melahirkan sifat kedermawanan dan keberanian pada pelaksananya.
• Membina sifat saling tolong menolong.
• Simbol persamaan dan kebersamaan.

credit to Tinta Daie

sebenarnya aku nak citer pasal sejadah kali ni...
aku kalo dalam solat amatlah menitik beratkan pasal sejadah yg aku nak guna...

KENAPE???

Aku tak bleh tengok kalo ada ape2 lukisan kat atas sejadah aku...
ia boleh membuatkan aku hilang fokus @ nama len yg lebih sesuai...
TAK KHUSYUK!!

comey kan....
tapi aku xsuke sbb byk sgt gambar n berwarna-warni...
Dikatakan sejadah jenis camni Syaitan n Jin byk berkumpul...
Wallahhualam~~

Aku suka camni jer...
xde gambar n warna pun tak byk...
kalo ade sape2 perasan... sejadah aku mmg camni la..
n kalo aku kena solat kat luar pon..aku akan sehabis daya mencari sejadah camni.
~kalo da xde gune je laaa...~

Aku paling tak suke dgn propaganda dari pihak al-kafirun ni yg saje je sakit hati ngan orang Islam
saje nak menjahanamkan kesucian sejadah ni...eiisyh! malas le aku ckp byk.. korg tengok la sndrik...

Bangang betol laa!!

Nak tau gambar pe?? Dikatakan gambar tu mcm imej seko
BABI
VAVI!!

ade plak simbol salib...sial tol laaa

Hadith :
Diriwayatkan dari Aisyah katanya:”Nabi s.a.w pernah solat memakai baju bergambar (bercorak-corak). Suatu ketika nabi s.a.w terlihat kepada gambar di baju itu. Setelah selesai solat, nabi berkata:”Bawalah bajuku ini kepada Abu Jahm dan bawa kembali tukaran daripada Abu Jahm. Baju ini melalaikanku sebentar tadi dari solatku.”

(al-Bukhari)

Dan aku nak menyatakan rase kagum aku kat 'Soner Ozenc' iaitu sebuah perusahaan yang berasal dari Turki sebab mencipta sejadah yang boleh bercahaya apabila dihadapkan kepada arah kiblat. Sekaligus bolehla memudahkan pengguna untuk mengetahui di mana arah kiblat sebenar... lagi2 plak kalo org yg jenis sukeee sgt travel lebih2 lagi ke negara luar (bukan negara Islam khususnyer~)

Sejadah tu akan menjadi semakin terang apabila ia makin tepat dengan arah kiblat (Mekah)... Alhamdulillah~~ Kegeniusan mereka tu xla dorg sia2kan jer... Ape kate kita tgok gambor2nye...ngueh3~~

ia bercahaya dalam gelap yea...kalo xnak silau jgn la bongok sgt nak solat dlm gelap


kenape camtu?? mungkin sedang berputar utk tunjukkan kat org yg sejadah ni hanya bercahaya bila menghadap kiblat je...
Skala pencahayaan sejadah nih...(betul ke ayat nih)
Sejadah ni bleh dikongsi berdua (atau bertiga kalo kecik)
xdosanya kalo cahaya dia berkurang skit...
asalkan kita masih menghadap kiblat...

Oklah... jam pun da 0520...ade berape minit lagi nak Subuh (area Sintok ni blom masuk waktu lagi) izinkanlah aku mengundurkan diri... sebelom tu nak kongsi sket bnda kat bawah nih....


Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam


1 comment: